Tuesday, August 19, 2014

MENEGUR - Khas untuk kita semua

Selepas beberapa ketika, Pakteh menilai artikel dari seorang arkitek pemodenan negara ini sebagai satu nasihat kepada semua rakyat Malaysia yang berperanan sebagai pemimpin. Sekecil-kecil memimpin keluarga, pasti teguran ini boleh dijadikan panduan, apatah lagi menjadi pemimpin kepada rakyat.

MENEGUR

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.
2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.
3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.
4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.
5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.
6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.
7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”
8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.
9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.
10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.
12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”
13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.
14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.
15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”
16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.
17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.
18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.
19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.
20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.
21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.
22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.
23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.
24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.
25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.
26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.
27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.
28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.
29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.
31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.
33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.
Artikel dari blog chedet

Friday, August 15, 2014

Berfikir sejenak: PAS Kaldaian Anwar?

Kata orang tua-tua...hal rumahtangga orang jangan masuk campur. 
Kata Pakteh....dengarlah kata orang tua-tua..

Begitu juga apabila Pakteh dan rakan-rakan cuba mengambil peduli isu di Selangor, ada yang kata awat hang yang tua bangka ni dok risau pasai PKR, risau pasai DAP dan risau pasai Pas?. 

Kalau pakteh jawab soalan depa, panjang pulak jadinya tetapi terlupakah pihak yang bertanya bahawa PKR, DAP dan PAS itu kini mewakili amanah rakyat?. Apabila melibatkan rakyat, sesiapa sahaja layak untuk menilai setiap taik busuk yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. 

Pakteh secara konsisten sejak mula berblog menyeru Pas untuk menjarakkan diri/menjauhkan parti dari PKR dan DAP. Seruan atau permintaan itu bukan kerana pakteh risaukan pengaruh PR tetapi kasihan melihat kaum keluarga, sahabat handai yang dulunya seorang pejuang yang dikagumi, kini sekadar mengelap kain lapik kaki Anwar. kasihan keran setiap perkara dalam keputusan yang dibuat PR, Pas hanya layak mengangguk tetapi tihak berhak menggelang tanpa kebenaran. 

Hari ini, 15 Ogos 2014, sepatutnya Pas sudah menyedari bahawa parasit penghisap darah sudah berakar umbi dalam Pas. Proses mengAnwarkan parti Pas sudah berlaku sejak awal pemecatan namun tidak diendahkan kerana melihat laba yang diraih dari PRU12/PRU13. Huh...kerana tamak, perjuangan dilempar ketepi malah rela parti dirosakkan dari dalam. UMNO telah melalui kerosakan yang dibuat Anwar, Kini Pas perlu menghadapinya dengan penuh bijaksana. 

Percayalah...jika dibiarkan....Pasti ada ahli Pas yang sanggup berPRESIDENkan Anwar, malah rela hati meminta Anwar menjadi KETUM PKR dan Presiden Pas serentak. Harus diingat, Anwar boleh bertindak depan dan belakang jadi tidak pelik jika menjadi BOS kepada dua parti. Hanya Anwar. 

2 ADUN Pas yang menongkah arus sepatutnya ditapis sejak awal lagi. Jiwa dan seluruh hati mereka ialah Anwar dan bukannya TGHH. Ramai dalam Pas yang berkiblatkan Anwar sejak 1998 dan Pas membiarkan hal itu berlaku. UMNO juga masih begitu kini. Masih ada tunggul yang subur dalam diri beberapa individu yang bertuankan Anwar. 

Mata hati telah tertutup untuk menilai sikap seorang individu yang bernama Anwar. Sangat jijik memikirkan 3 parti mengiyakan apa sahaja perbuatan Anwar.

Kini, Pas teruji....apakah akan terus dikaldaikan Anwar atau kembali kepada perjuangan asal yang dikagumi dulu.
Pas tidak berminat dengan UMNO...hello....UMNO lebih kuat dari Pas...apa nak hairan? sekali U tak sudi...beribu kali I tak sudi....U boleh terjun dengan labu-labu U...itupun kalau labu masih ada..haha.

Cuma...memikirkan nasih rakyat Selangor....UMNO korbankan peluang untuk mengadakan PRK dengan menyokong Khalid Ibrahim. 

Akhir kalam, Jom nilaikan betapa Anwar tidak ada kemaluan dalam diri.

1. Paksa Wan Azizah letak jawatan MP Permatang Pauh
2. Angkat diri jadi MP Permatang Pauh
3. Paksa ADUN Kajang letak Jawatan
4. Calonkan diri sendiri utk DUN kajang
5. Letak Isteri sendiri jadi calon DUN kajang
6. Calonkan isteri sendiri untuk jawatan MB

dalam semua Hal, Kes nombot 6 adalah yang paling memalukan malah 100 keturunan Anwar pun akan malu dikemudian hari. 

Kepada ahli Pas......kuatkan semangat mengaharungi fitnah PKR/DAP. In Shaa Allah....parti Pas akan lebih Kuat untuk terus menentang UMNO.
Pakteh sebagai ahli UMNO merindui aura Pas yang dulu....baru syok bertarung.

Wednesday, August 13, 2014

Khalid vs Anwar : Siapa yang kena?

Setakat hari Selasa 13/8/2014, Khalib Ibrahim kelihatan masih mampu memimpin permainan lasak yang dimulakan Anwar. Namun bagi sesiapa yang mengenali Anwar, Khalid Ibrahim tidak mampu untuk merasa selamat sehinggalah kaputusan yang jitu dibuat.

Bagi Pakteh, seseorang yang sanggup menjuburi pemandunya Azizan, Adik angkatnya Sukma, Pembantu peribadinya Saiful sudah pasti merupakan seorang yang sangat berani dan licik

Bagi Pakteh juga, seorang yang mampu meniduri isteri orang Shamsidar, tentu ada sifat GAH yang tinggi dalam diri.

Bagi Pakteh lagi, seorang yang sanggup melanggani pelacur jantan dan betina sudah tentu penuh dengan tipu muslihat.

Bagi pakteh untuk kesekian kalinya, seorang yang sanggup memanipulasi isteri sendiri, sudah pasti akal liciknya bertaraf iblis dan syaitan.

Maka ketahuilah....Khalid Ibrahim bukan sahaja berhadapan dengan dengan Anwar Ibrahim tetapi menentang seorang individu yang tubuhnya manusia tetapi gerak laku dan tindakannya melampaui batas kemanusiaan....mengikut telunjuk syaitan.

Mungkin sudah sampai sumpah lahanat Saiful. Untuk kesekian kalinya, Anwar sudah tidak ada rasa malu untuk mengangkat isteri sendiri menjadi MB. Itupun menggunakan kuasa Ketua Umum (KETUM) yang diiktiraf oleh diri sendiri dan diangkat oleh diri sendiri tanpa ada sebarang pengundian.

Ketika ini, Khalid Ibrahim bergantung harap kepada perundangan Selangor dan ehsan Sultan Selangor. Khalid Ibrahim juga sekadar dipapah dan diikat dirinya dari terjatuh oleh dua parti yang berseteru iaitu UMNO dan PAS. Permainan ini masih baru bermula. Lobi-melobi sudah melangkaui ruang masa dan waktu. Ketika inilah, kesetiaan kepada pucuk pimpinan menjadi penentu kepada jatuh bangunnya Khalid Ibrahim.

Jika ada diantara ADUN UMNO dan PAS yang menolak arahan parti, Khalid Ibrahim akan tumbang. Mampukah Anwar berfikir lagi?. Sudah ada kedengaran dari Adun Pas untuk menerima tindakan Anwar. Mengapa boleh begini?. Inilah masanya untuk mengetahui siapa orang Anwar dalam Pas.

Jika UMNO ingin bergabung dengan Pas, UMNO perlu jadi Pas tetapi jika Pas ingin mengikut DAP/PKR, Pas perlu jadi PKR.....hebat Anwar mengatur permainan yang dirancang sejak sekian lama.

PKR boleh mengambil ahli Pas tetapi jika Pas ingin menerima bekas ahli PKR.....itu pengkhianat kepada PR namanya...wow...sehingga tahap itu Pas dihina namun sehingga hari ini, komitmen untuk bersama PR kekal utuh.

Apa yang boleh dilakukan oleh Khalid Ibrahim hari ini?. 13/8/2014.....

Cadangan Pakteh: Mulakan dengan memecat Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi RM1.00. Berikan surat terima kasih dan khabarkan....anda sudah tidak relevan.

Langkah berikutnya....kosongkan bilik Saipudin Nasution.

Selepas dua pencatur kerosakan Pas ini dinyahkan dari urusan kerajaan Selangor.....yang lain-lain tu buat esok hari.

Untuk Pas: Peluang untuk berfikir dan berubah diberi berulang-ulang kali. Jika kali ini masih gagal untuk berubah....pengakhiran kepada perjuangan Pas sebenar sudah sampai ke penghujungnya.

Friday, August 8, 2014

SINDROM Semua salah UMNO

PR lantik Khalid jd MB

PKR angkat Wan Azizah jd Presiden

DAP angkat LGE jd SU

DAP bagi LKS jg penasihat

Khalid Ibrahin lantik Anwar jd penasihat RM1.00

Pas anggap.LGE mcm khalifah Umar Abd.Aziz

PKR/Anwar Buat Kajang isu

Anwar.sedap.liwat Saiful

BILA.TIMBUL.MASALAH.....UMNO DISALAHKAN.

Rasanya kalau Wan Azizah Sembelit pun....Anwar tetapkan salahkan UMNO.

p/s: Anwar dah hilang rasa malu dalam diri....entah kulit apa yg tutup mukanya.sanggup nak angkat bini jd MB.



Saturday, August 2, 2014

Pendedahan Sanusi, Akhirnya kebenaran datang jua

Bukan sekali tetapi berkali kali blog ini menulis tentang balak dan salahguna kuasa oleh Pas Kedah ketika memerintah. Namun berkali kali juga dinafikan oleh Setpol MB ketika itu Tn Haji Sanusi Md Nor. 

Walaupun ketika itu ada bukti percakapan yang boleh dipercayai menunjukkan berlaku salahguna kuasa, namun Pakteh tetap simpan sedikit rasa percaya kepada Setpol MB, maklumlah....pada Pakteh, parti mana pun beliau selagi memegang amanah menjaga urus tadbir politik MB, orang itu perlu dihormati. 

Minggu ini, tuduhan Pakteh diakui sendiri oleh x Setpol MB dan apa lagi yang boleh dilakukan selain bersyukur kerana kebenaran muncul jua. Bukan mudah untuk beliau memuntahkan segala kerja keji sewaktu berkuasa tetapi itulah takdirnya. Berkat Ramadhan dan Syawal, beliau mungkin telah membuat keputusan nekad untuk menceritakan kebenaran dan memusnahkan kebatilan.

Pas Kedah dan Pas Pusat Pakteh sarankan berdiri teguh dibelakang beliau. Sebagai parti yang menjadikan agama sebagai teras perjuangan, pendedahan kebenaran ini adalah sesuatu yang wajar dihormati dan diakui bukannya keji dan mengeji.

Cukuplah sekian lama menjadi keldai PKR dan DAP, Pas juga ada harga diri. Sudah acapkali juga blog Pakteh ini menyarankan Pas menjauhkan diri dari PKR.Anwar tetapi siapalah Pakteh....sekadar ahli UMNO yang memiliki blog cap ayam...

Sesiapa yang pernah baca blog Pakteh akan menemui saranan Pas jauhkan diri dari PKR/Anwar kerana parti Anwar itu akan merosakkan Pas akhirnya. Adalah lebih baik Pas kedah bekerjasama dengan YAB DS Mukhriz Tun Mahathir yang sejak awal mentadbir telah menunjukkan keazamannya untuk berbaik-baik dengan Pas Kedah. Tidak rugi mencuba di Kedah cuma.....Datuk Mahfuz bulih ka? 

p/s: Banyak lagi kalu Nusi nak dedah......dia cuma bagi sinopsis ja tu utk sebuah novel "penyelewengan" yang beribu-beribu muka surat.

Friday, August 1, 2014

PAS vs PKR+DAP : Sanusi pernah bersumpah.....Anwar ada berani?

Pakteh cuba menahan diri dari menulis sehingga berakhirnya raya ke 3. Pakteh juga cuba menanti apa lagi komen bekas Setpol MB Kedah atau pimpinan utama Pas Kedah berkaitan kemelut MB Selangor serta kebocoran maklumat di whatsup.

Apa yang menarik perhatian Pakteh, Tuan Haji Sanusi Md Nor mendedahkan beberapa perkara yang sebelum ini hanya menjadi bisikan tanpa pengesahan pasti. Selepas ini bolehlah dianggap perkara yang disebut itu memang berlaku.

Wakil PKR Saifudin Nasution seperti tidak sabar untuk mengutuk/mengugut Sanusi X Setpol dan amat mengejutkan Pakteh apabila Saifudin turut membangkitkan isu Balak dan Keli K. Fuhhh.....seperti program realiti TV...Bongkar.

Aku bongkar rahsia hang
Hang bongkar rahsia aku..

Pernahkah pembaca ingat bilakah DS Anwar Ibrahim bersumpah lahanat?. Saifudin dan Rafizi boleh tolong rakam dan serahkan kepada penyokong akar umbi PR. Sepanjang pengetahuan Pakteh...tidak ada.



Sekitar 2011, Pakteh ada menulis artikel yang cuba mempertikaikan kredibiliti Tn Haji Sanusi namun secara bersungguh-sungguh beliau menafikan terlibat/terbabit. Pakteh percayakan penafian beliau. Walaupun tidak kenal beliau sebagai sahabat namun...apabila sanggup bersumpah sebegitu, ianya perlu menjadi tauladan kepada orang lain.

Apapun.....sejak dulu Pakteh sering ingatkan Pas....jauhi PKR/DAP.....kerana dua parti ini akan merosakkan jati diri Pas.

Sejak Pas dipengaruhi puak PKR/DAP....beberapa individu disingkirkan secara terhormat. Bagaimana Pas boleh hidup dengan seorang yang bertitle MP, anaknya juga MP dan isterinya ADUN dan kini cuba angkat Isterinya jadi MB Selangor.

Ini adalah masa yang sesuai untuk PAS Keluar dari PR. PAS harus berani atau berterusan dicucuk hidung.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih