Saturday, February 8, 2014

Kedah bersalawat: Mengapa hanya "Islam itu Pas dan Pas itu Islam"?

Malam ini In shaa Allah kita akan beramai-ramai berada di Stadium Darul Aman untuk program yang murni dan mulia. Mahabbatul Rasul "kedah Bersalawat" mengajak orang ramai untuk sama-sama mengingati Junjungan Besar Baginda Rasullullah S.W.A.

Dikotak fikiran Pakteh ketika program ini mula kedengaran akan dianjurkan, pastilah segenap pelusuk rakyat tanpa mengira ras pangkat dan darjat, warna kulit maupun perbezaan politik akan turut serta. Program ini langsung tidak menjolok sebarang agenda politik dan ianya semata-mata untuk menyemai rasa cita Rasul dibumi hijau kuning yang aman dan makmur ini.

Rupanya, hati dan keseronokan Pakteh tidak bertahan lama apabila ada segelintir pimpinan Pas merasakan program sebegini akan merampas Islam dari Pas. Apakah benar dakwaan selama ini bahawa ahli Pas beranggapan Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Jika berdasarkan pengalaman peribadi Pakteh pada tahun 1999, Pakteh akan berkata benar kerana disuatu petang diKampung Mempelam Mergong, rakan Pakteh bermati-matian mempertahankan Islam itu Pas dan Pas itu Islam dan jika tak masuk Pas seperti tak Masuk Islam.....Masyaa Allah....masih terngiang-ngiang ditelinga Pakteh dakwaan tersebut.

Kini....hari ini....program Kedah Bersalawat akan berlangsung. 2 hari lepas......fitnah dan tuduhan yang sepertinya mengiyakan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas kembali kedengaran. Mengapa hati Setiausaha Dewan Ulama Pas Kedah Ustaz Ahmad Yahya begitu busuk dan hitam?. Mengapa tidak ada cahaya ikhlas untuk bersyak wasangka baik sebagaimana yang dituntut?. Bagaimana seorang yang dipanggil Ustaz tidak merasa malu dan hina untuk menuduh Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan pelbagai tuduhan yang tidak sepatutnya.

Mungkin ada benarnya....apa seseorang itu saban hari bergelumang dengan tahi yang busuk, hidungnya sudah mangli atau bermutasi dengan bau busuk tersebut. Demikian juga apabila saban hari hidupnya hanya tahu fitnah, caci maki, adu domba, khianat maka akhirnya program yang baik dan murni juga tanpa malu difitnah dengan pelbagai perkara tidak benar.

Pakteh tidak berhasrat memetik keseluruhan kenyataan media oleh Ustaz Ahmad Yahya tetapi biarlah dua perenggan ini memberikan kita kefahaman hati busuk beliau

Malah secara menyindir, Ustaz Ahmad berkata, Mukhriz pasti tidak selesa untuk menggandingkan penampilan beliau seperti itu di khalayak sekiranya isteri beliau turut berada di sisi.

“Kontradiknya dapat dilihat apabila beliau menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), menganggap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai bebanan selain menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan,” 

Perenggan yang Pakteh Quote ini pertamanya menampakkan nilai murni dan suci langsung tidak ada dalam diri Ahmad yahya apabila menghina isteri DS Mukhriz dan quote yang kedua itu menunjukkan fitnah yang amat besar kepada pentadbiran BN hari ini walaupun beliau sebenarnya tahu apa yang diperkatakan itu adalah hasil kebodohan Pas dalam mentadbir negeri.

Bagi Pakteh, cukuplah dengan maki hamun dan fitnah yang selama ini menjadi makanan harian puak Pas. cubalah menjadi pemimpin yang baik dan ikhlas. Tidak salah menjadi jujur dan ikhlas dan Pakteh pasti menyokong dan suka dengan pemimpin Pas yang jujur.

p/s: Kepalanya mungkin berkopiah putih tetapi hatinya sudah hitam. Bagaimana nak dapatkan redha Allah jika begini pimpinan yang diangkat oleh Pas Kedah?....fikir-fikirkan.

Friday, February 7, 2014

YB Mahfuz paling layak calon PRK Kajang

Kegilaan manusia kepada kuasa seperti menemui titik noktahnya apabila DS Anwar Ibrahim dicalonkan oleh PKR untuk PRK Dun Kajang. Mungkin Pakteh tidak membuat kajian awal diseluruh dunia tetapi suara hati mengatakan tidak ada pejuang tulen di dunia ini sanggup membunuh karier politik Isteri dan Rakan demi gila kuasa. Parlimen Permatang Pauh menyaksikan kerakusan Anwar. Kini rakyat dihidangkan dengan episod yang sama di Dun Kajang. Manusia apakah yang sanggup berbuat begini tanpa rasa malu?

Apa yang mustahil bagi ahli politik lain, menjadi tidak mustahil bagi Anwar cuma kariernya dipenuhi dengan kaedah MAIN BELAKANG. Inilah yang berlaku kini.

Apa yang ingin Pakteh lontarkan sebenarnya sesuatu yang lebih menarik. Gabungan Haram PR sepatutnya sedar bahawa Anwar bukanlah satu-satunya individu yang layak untuk Dun Kajang. Calon terbaik sebenarnya datang dari Parlimen Pokok Sena Kedah. YB Mahfuz mempunyai kredibiliti dan kelayakan mengatasi YB DS Anwar. 

Jika dinilai dalam apa jua sudut, YB Mahfuz tetap akan muncul sebagai pendahulu. Jika dinilai dari jati diri terhadap parti, Anwar masih baru dalam PKR sedangkan YB Mahfuz sudah sekian dalam dalam Pas. 
Paling penting, dari segi ilmu, YB DS Anwar dikatakan hanya mengaji bab Melayu di UM tetapi YB Mahfuz bergelumang secara praktikal di arena penerbangan negara. 
Ketika YB DS Anwar memarahi wartawan....Mahfuz sudah mampu mengajar nama sejenis kuih kepada wartawan.
Jika diamati kehidupan keluarga YB DS Anwar, sudah ada kepincangan ketara apatah lagi terbaru kes penceraian YB Lembah Pantai sedangkan Anak YB Mahfuz kata orang sekadar mendiami sekolah membasmi ketagihan sahaja.
Jika ada tomahan yang teruk pun terhadap YB Mahfuz, beliau sekadar diakui sebagai Mr Bean Malaysia sahaja berbanding YB DS Anwar yang terkenal dengan kemampuannya berzina dan meliwat. 
Dun Kajang perlukan pakar penerbangan dan hero filem komedi seperti YB Mahfuz untuk mewakili mereka. Harga satay kajang yang tinggi dan sukar dikawal bukan penyebab utama kekosongan kerusi Dun Kajang tetapi calon PR perlulah mempunyai kemampuan untuk menyembelih sendiri daging lembu dan ayam dan ini hanya ada pada YB Mahfuz, tidak pada YB DS Anwar. 

Paling utama, pencalonan YB Mahfuz akan meringankan beban Khalid dan Azmin yang bersaing merebut hati DS Anwar.
Jika YB Mahfuz menang, pasti Selangor akan lebih maju kerana komen-komen dari YB Mahfuz akan melonjakkan lagi tahap kepercayaan pelabur. Nilaikan komen beliau berkenaan Kedah, pasti rakyat Selangor akan teruja. Jika YB Mahfuz tidak dilantik sebagai MB, lantiklah beliau sebagai penasihat ekonomi kerana YB Mahfuz pernah ada rekod dalam GLC di Kedah. Walaupun GLC itu gagal dalam satu bidaan dan YB Mahfuz meletak jawatan, sekurang-kurangnya beliau membuktikan layak dilantik dalam GLC. 

Akhirnya.....YB Mahfuz ini sebenarnya seperti jelmaan Ultraman dari Jepun yang menghalang YB DS Anwar baru-baru ini. Jelmaan Ultraman ini mampu melaksanakan segala-galanya dalam sekelip mata dan kerana orang lain tidak mampu berfikir dibucu kotak seperti beliau, maka dikritiknya Pentadbiran Kedah dibawah BN ketika ini.

p/s: Soal kelemahan Mahfuz ni...ramai kawan2 dah ulas jadi pakteh sekadar berfikir dibucu kotak seperti Mahfuz...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih