Wednesday, May 22, 2013

Bye Bye Anwar: Kenyataan Media MB kedahYAB DP Haji Mukhriz Mahathir


KENYATAAN MEDIA

YAB DATO' PADUKA HJ 
MUKHRIZ MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH 
DARULAMAN



Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. 



Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah.

Tumpuan kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sekarang ialah untuk memenuhi segala akujanji dalam tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi ikrar melakukan transformasi menjana pembangunan yang bermanafaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latarbelakang. 

Sehubungan dengan itu saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan.

Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan Pru13 termasuklah di negeri yang mereka menangi. 

Saya cabar pakatan untuk melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya masih tidak boleh menerima keputusan Pru13 yang lalu.

Jangan kelirukan rakyat dengan memanipulasikan isu undi popular.

Tidak wajar untuk mereka memaksa Kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan merekasendiri tidak mahu berundur di Negeri negeri yang dimenangi. 

Saya juga menyeru Anwar serta konco-konconya dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara khususnya negeri Kedah yang aman damai.

YAB DP Mukhriz Mahathir
MB Kedah

2 comments:

Anonymous said...

Future PM. Terbaik.

Anonymous said...

MEMPUNYAI CIRI2 BAPA NYA!!!

I LUV U TUN M!!

I LUV U MUKHRIS!!!

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih