Monday, August 27, 2012

Bila berkawan dengan Syaitan

Masih ingat pengakuan ikhlas YAB Datuk Nik Aziz, MB Kelantan yang juga Mursyidul Am parti Pas bahawa parti mereka sanggup berkawan dengan Syaitan demi untuk menjatuhkan pemerintahan BN yang ditunjangi UMNO?

Anak muda yang kini berusia 20an mungkin lupa kerana pada masa itu mereka masih berhingus malah ada yang masih belum lahir.

Bukan mengungkit tetapi Pakteh merenung sejenak hal dan peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Untuk mengakui kebenaran Pas memang berkawan dengan syaitan kelihatannya agak jahat tulisan Pakteh namun apabila teringatkan pengakuan Mursyidul Am Pas satu ketika dulu, Pakteh mula memikirkan apakah UMNO/Bn kini berhadapan dengan satu kelompok manusia yang matlamatnya hanya untuk menjatuhkan UMNO/BN biar apa cara sekalipun.

Jika makhluk Allah paling jahat dan keji bergelar syaitan PUN sanggup didampingi demi menjatuhkan UMNO, Pakteh terfikir apalah sangat hendak dibandingkan dengan DAP yang masih bertaraf manusia. Biar berbuih mulut sekalipun mendedahkan bahawa PAS kini menjadi kuda tunggangan DAP atau apa sahaja gelaran, amat-amat mustahil untuk melihat PAS keluar dari Pakatan Pembangkang terutama DAP.

Natijah dari kesungguhan untuk menjatuhkan UMNO kini mula dirasai PAS apabila sanggup mendampingi Syaitan atau sekurang-kurangnya berpewatakan Syaitan. Untuk menulis dengan lebih lembut, andaikan bukan syaitan tetapi memiliki watak-watak syaitan.

Jika dibandingkan UMNO dan PAS, akhir-akhir ini PAS begitu ketara melaksanakan transformasi dalam parti dan kelihatannya ia berjaya. Pakteh menilai pemecatan Hassan Ali yang lebih tinggi ilmunya dari Mohamad Sabu. Pakteh terkedu melihat Mahfuz Omar lebih menunjukkan inteleknya dari YB Nasha. Malah jika dilihat angkatan baru yang diangkat menjadi idola, amat buruk benar untuk membandingkan artis yang lupa diri apabila menyertai PAS dan artis yang menyertai UMNO. Di pihak PAS, artis-artis kelihatan sudah menyucikan dosa mereka malah menuduh orang lain berbuat dosa. Berbeza dengan artis yang cenderung kepada UMNO yang kelihatannya lebih berhemah dan merendah diri.

Isu Hudud yang diangkat Nik Aziz akhir-akhir ini menambahkan lagi perisa dan rasa bahawa memang benarlah parti ini tidak pernah ikhlas secara mutlak untuk meninggikan syiar Islam. Amat kasihan Pakteh melihat akar umbi yang benar-benar ikhlas menyanjung perjuangan Islam. Apalah salah mereka sehingga diperguna sedemikian rupa.

Itulah padahnya berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan lawan. Untuk pengetahuan Mursyidul Am PAS, Syaitan tetap syaitan dan syaitan tidak akan redha anak adam ini untuk berusaha menghuni syurga. Hanya mereka yang inginkan neraka sanggup berkawan dengan syaitan.

p/s: wow...Pakteh tulis "untuk pengetahuan Mursyidul Am Pas"...dasyat.

Thursday, August 23, 2012

Pemberian SR1M dalam Bajet 2013: Kesihatan Rakyat VS Penurunan harga kereta

Cadangan terlewat Pakteh untuk bajet 2013

Terima Kasih Datuk Seri Najib kerana bajet 2012 memperuntukkan RM15 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 billion untuk perbelanjaan pembangunan. Selain itu, bajet 2012 juga membuat beberapa perubahan terhadap jadual kerja pegawai kesihatan. Untuk bajet 2013, Pakteh ingin mencadangkan

Peruntukan bajet untuk kesihatan perlu ditingkatkan setinggi mungkin terutama untuk tujuan perbelanjaan pembangunan yang hanya melibatkan RM1.8 billion sahaja dalam bajet 2012.

1. Kelengkapan perubatan di semua hospital contohnya kemudahan kimoterapi untuk pesakit kanser di utara. Perlu ada disetiap hospital utama, bukan sahaja di Hospital Besar Pulau Pinang. Pakteh menyelami kesusahan keluarga yang tidak mampu terpaksa berulang alik dari Perlis, Kedah dan Perak saban minggu untuk rawatan lanjutan.Kemudahan untuk penyakit kritikal seperti Kanser, Buah Pinggang, Jantung dan lain-lain amat perlu untuk semua hospital.

2. Doktor yang mencukupi untuk semua hospital. Hari ini Pakteh cuba mendapatkan pengesanan awal untuk penyakit merbahaya dan mulanya tarikh terawal diberikan kepada Pakteh untuk berjumpa doktor ialah 2/10/2012 (Hanya untuk tarikh berjumpa doktor, bukan menerima rawatan). Bayangkan jika penyakit yang boleh dicegah awal terpaksa menanti begitu lama. Akhirnya kerana permintaan Pakteh dan surat susulan dari klinik utama, Pakteh diberikan tarikh 6/9/2012. Entah apa jadi sekiranya seorang pakcik yang mengidap penyakit kritikal datang dan diberikan tarikh yang sebegitu lambat.

3. Kemudahan selesa untuk keluarga. Memang ini dianggap tidak penting bagi sesetangah pihak terutama pembuat dasar di Kementerian. Pakteh faham kalangan mereka ini bergred sekurang-kurangnya 48 atau 52 dan biasanya 54. Apatah lagi jika mereka dari kalangan JUSA. Untuk makluman, golongan marhain rakyat bawahan perlukan ruang menunggu yang selesa apatah lagi jika terpaksa bermalam bersama pesakit atau bagi yang kritikal, ramai waris akan bersesak untuk menunggu kerana dikhuatiri itulah saat akhir mereka bersama pesakit. Pembuat dasar mungkin tidak faham kerana mereka menghantar keluar yang sakit ke hospital swasta yang sudah tentu segala-galanya boleh. 

4. Perbanyakkan hospital dan pertingkatkan kemudahan hospital daerah. Pesakit terpaksa menanti begitu lama untuk rawatan kerana masalah sebegini.

5. Anugerahkan Pemeriksaan PenuhKesihatan secara percuma dengan pemberian kupon mengikut harga pasaran. Contohnya jika pemeriksaan kesihatan menyeluruh kini berharga sekitar RM300 - RM500, Berikan kupon kepada seluruh rakyat Malaysia kecuali mereka yang sememangnya layak diperiksa secara percuma seperti penjawat awam. Namakan pemberian ini seperti pemberian sebelumnya seperti SR1M (Sihat rakyat 1 Malaysia). Pakteh percaya, pemeriksaan kesihatan sebegini akan memberi peluang kepada pengesanan awal penyakit kritikal yang selama ini tidak disedari dan mengancam nyawa. Jika sebelum ini hanya yang kalangan tertentu menerima BRIM, Pakteh yakin majoriti rakyat akan layak menerima SR1M.

Bagaimana kos sebegini besar boleh ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional?. 

Tahun 2011, cukai eksais dari kenderaan import lebih kurang RM7 billion. Apa jadi jika kerajaan menurut kata Pembangkang yang ingin menghapuskan cukai eksais?. lebih RM7 billion akan hilang saban tahun. Kesan berangkainya ialah jumlah kereta di jalan raya akan meningkat, ini bermakna penggunaan petrol akan bertambah. Jika hanya mampu beli kereta murah, pasti majoritinya akan menggunakan petrol RON95. Natijahnya kos kerajaan untuk menanggung subsidi RON95 akan meningkat berkali-kali ganda. 

Perkiraan mudah dari Pakteh, Kerajaan bukan sahaja kehilangan pendapatan malah terpaksa menanggung subsidi yang pasti bertambah-tambah jika mengikut telunjuk pembangkang.

Secara ikhlas, Pakteh agak seronok melihat gaya pembangkang ingin menurunkan harga kereta namun apabila berbulan-bulan menyelami perit jerih rakyat marhain di hospital-hospital kerajaan, naluri Pakteh terpanggil untuk mencadangkan kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi bajet yang lebih kepada aspek kesihatan rakyat.




Tuesday, August 7, 2012

Pengakuan secara puitis....terbaik

Kadang-kadang sukar untuk mentafsirkan pernyataan secara terus...bimbang akan ada hati yang terluka. Amat payah sebenarnya untuk mengakui kebenaran apa yang musuh lakukan apatah lagi untuk menanti pengakuan yang lahir dari hati seorang yang terkenal dengan putar alamnya...pasti mustahil.

Akhirnya kita hanya mampu mengungkapkan "kebenaran akan menjelma jua"

Itulah yang terjadi apabila  Pakatan Rakyat melalui negeri Pulau Pinang dan Selangor memilih slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa sebagai tema Kemerdekaan tahun ini. Pakteh tercari-cari dimana silapnya tema "Janji Ditepati" dan Pakteh menemui punca utama mengapa tema ini tidak sesuai kepada pembangkang. Bayangkan parti-parti politik yang bernaung secara haram dibawah Pakatan Rakyat mengguna pakai tema "Janji Ditepati" Tentu Pelik atau ajaib kerana Pakatan Rakyat CUKUP TERKENAL sebagai parti yang tidak menunaikan janji.

Janji dalam manifesto 2008 pun tidak tertunai, mana mungkin tema sebegitu boleh digunakan. Inilah punca sebenar malah lebih elok jika dikatakan mereka akan malu sendiri untuk menyebut "Janji Ditepati".

Dalam pada itu Pakteh sarankan kepada Pak Menteri yang berkaitan agar memilih tema yang sesuai dengan semua warganegara. Sejahat-jahat pembangkang....mereka tetap warganegara Malaysia. Apakah Rais Yatim tidak menyedari tema ini tidak sesuai dengan PR?. Sepatutnya apabila menyedari PR kerapkali tidak menunaikan janji, tema "Janji Ditepati" ditolak dan pilih tema lain demi untuk keadilan kepada semua warganegara.

Apa yang menarik perhatian Pakteh, dalam pada mereka menolak slogan 1Malaysia......secara diam-diam atau malu-malu kucing detik hati kecil mereka tetap menerima BN melalui UMNO berjaya menyatukan rakyat. Antara senikata lagu 1Malaysia ialah "Kita satu bangsa satu negara.......kita satu Malaysia.

Soalan Pakteh nombot 1: Apakah wujud perbezaan antara SEBANGSA dan 1 bangsa?
Soalan Pakteh nombot 2: Apakah wujud perbezaan antara SENEGARA dan 1 negara?

Bukankah ini menggambarkan apa yang diimpikan oleh Najib dan kini direalisasikan sebenarnya turut diperakui oleh khalayak PR yang ada sedikit keikhlasan hati nuraninya. Kita perlu tolak keikhlasan Anwar kerana beliau jarang benar bersikap ikhlas dalam perjuangan. Ambil pandangan A Samad Said......apa komen berliau berkaitan tema ini.

Apapun situasinya, pakteh mendapati 2 perkara penting dapat dijadikan iktibar dalam isu berkaitan kemerdekaan kali ke 55 ini.
1. Rais Yatim sudah perlu dipencenkan kerana gagal memilih tema yang sesuai untuk semua pihak
2. PR mengakui BN/UMNO semakin berjaya dengan konsep 1Malaysia

Akhir kalam......jika hendak diberikan markah /100 untuk logo kemerdekaan tahun ini.....Pakteh hanya mampu berikan 5/100 sahaja (markah ehsan shj)
Lagu kemerdekaan.............erm......no komen.....

p/s: Berkatalah yang benar walaupun pahit...........

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih