KERANA AKU PEMUDA UMNO

KERANA AKU PEMUDA UMNO

Thursday, July 9, 2009

Sasterawan Negara tunjuk lagak sombong

Mengikut berita dari Malaysiakini, Datuk A Samad Said ingin mengadakan demostrasi untuk membantah kelewatan menghentikan PPSMI. Jika mengikut kehendak hatinya mungkin malam ni jugak nak dihentikan.
Lantaklah apa nak jadi pada pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR lagi 2 bulan. Biar mampos result exam yang ambil PMR, SPM Ujung tahun ni. Apa aku penduli yang penting perjuangan aku sudah mula diikuti oleh Kerajaan.
Tidakkah anda mendengar wahai sasterawan negara mengapa hanya boleh dilaksanakan pada 2012?. Alasannya teramat kukuh...Pelajar yang sudah 4 5 6 tahun belajar dalam Bahasa Inggeris, tiba-tiba diminta menjawab exam dalam bahasa Melayu...FIKIRKAN..

Lagi satu...CABARAN dari pakteh kepada semua yang kononnya pejuang bahasa...KALAU NAK BUAT DEMOSTRASI...YANG TERBAIK IALAH MINTA KERAJAAN MANSUHKAN PENGGUNAAN BAHASA CINA DAN TAMIL DI SRJK. Jika bahasa Inggeris yang dikenali pun boleh dimansuhkan demi Bahasa Melayu...apalah sangat bahasa Cina dan Tamil...
JIKA INI GAGAL DILAKUKAN...ANDA HANYA LAYAK DIGELAR PEJUANG HIPOKRIT...
...............................
Khas utk Sasterawan Negara..

Hiba hati Mak Bedah....entah bila pula peluang sebegitu hebat akan datang dalam keluarganya. Sejak lahir hinggalah selepas merdeka dan melihat Malaysia berdiri megah...Mak Bedah tidak pernah bermimpi untuk memandu kereta besar....hatinya tidak layak untuk berdetik begitu. Hidupnya hanya inginkan anak-anaknya belajar seperti anak sahabatnya Kamilah atau lebih dikenali aunti Camila. Bertuah Camila kerana bersuamikan peguam dari ibu kota. Anak-anaknya semua belajar disekolah hebat dan khabarnya ditugaskan secara peribadi beberapa guru untuk memberi tunjuk ajar tentang bahasa inggeris.
Mak Bedah inginkan begitu sayangnya....masakan mampu jika setiap hari kerjanya hanya membanting tulang di tanah peninggalan arwah bapanya dulu. Warisan dari Mak Bedah telah turun kepada semua anaknya dan kini apa yang merisaukan Mak Bedah ialah cucunya yang berada di tahun 2. Budaknya comel dan girang serta cerdik. Penguasaannya bahasa inggerisnya bagus untuk sains dan mate. Inilah yang membanggakan Mak Bedah. Jika diikutkan...sampai mati pun tak mungkin Mak Bedah dan Anaknya mampu memberikan pendidikan sebegitu. Rezeki yang datang pada 2003 disyukuri sepanjang waktu hinggalah pak menteri umumkan bahasa inggeris tidak layak lagi untuk anaknya bermula 2012.
Bagaimana dengan cucu-cucunya yang lain. Adakah akhirnya mereka akan mewarisi aku dan anak-anakku...getus hati kecil Mak Bedah.
Lamunannya mula terbayangkan wajah-wajah pejuang bahasa yang kononnya sanggup mati demi bahasa Melayu. Terlihat seorang tokoh yang mulutnya lantang mempertikaikan PPSMI tetapi gaya rambutnya yang menjurai tidak menunjukkan adab kesopanan Melayu. Cis...hipokrit benar hidup ini...
Terlintas juga dibenaknya tokoh di facto sang pendeta yang pernah ditumbuk sehingga lebam kerana celupar dalam berbahasa. Insan inilah diberitakan memainkan peranan utama dalam segala bentuk tindakan terhadap PPSMI. Phuiihhh...ludah Mak Bedah ke tanah kerana tokoh ini hanya pandai bercakap dan paling hipokrit. anak-anak dan isterinya begitu berbanggsa dengan bahasa Inggeris masakan tokoh ini boleh menjadi pejuang bahasa Melayu. Belajar pun di sekolah antarabangsa...masakan sekolah kebangsaan boleh dipedulikan??
Ahhh.....rupa-rupanya...Sasterawan juga boleh dibeli. Nilainya hanya sekadar mainan bahasa puitis tentang bahasa. Tidak sukar untuk menilai keikhlasan terhadap anak bangsa. Jauh disudut hati...malang benar jika seorang sasterawan menjadi politikus yang rakus menghalang kemajuan bangsanya.
Bilakah semua topeng pejuang bahasa ini akan ditanggalkan?.....

KESIAN MAK BEDAH

Wednesday, July 8, 2009

Bahasa Melayu vs Bahasa Cina dan Tamil

Salam..
rupa-rupanya disebalik kejayaan pejuang bahasa semalam, mereka masih gagal...kegagalan yang lebih teruk kerana sebelum ini Mate dan Sains diajar dalam bahasa yang dikenali seluruh dunia iaitu Bahasa Inggeris namun kini, Mate dan Sains diajar dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Kegagalan yang lebih teruk ini WAJIB ditebus semula oleh pejuang-pejuang bahasa. Anda perlu berdemostrasi sekali lagi bersama Anwar, Sivarasa dan Tian Chua serta Ali sibukit lanjan untuk mempertahankan Bahasa Melayu dari diceroboh oleh bahasa Cina dan Tamil.
Banyak SRJK Cina dan Tamil bertahan dari ditutup kerana sokongan anak-anak Melayu. Oleh itu adalah WAJIB dan WAJAR Bahasa Melayu yang digunakan.

Kewajaran ini menjadi tuntutan paling utama kerana sedang hangat dipromosikan 1Malaysia..
please dont play-play aaa...

Wednesday, July 1, 2009

Cerita di sebalik video fitnah DS Rosmah


Pakteh hanyakan akan linkkan artikel2 yang berkaitan
1.
2.

Tuesday, June 30, 2009

Erti sebuah senyuman




Assalamualaikum
Senyuman yang penuh keikhlasan akan menyenangkan mata yang memandang. Jika sukar sangat untuk senyum, belajarlah bersungguh-sungguh kerana tanpa wang, senyuman boleh kita sedekahkan.
Acapkali pakteh melihat dan mononton isteri-isteri pemimpin dunia dan negara kita bertemu dengan rakyat bawahan dan apa yang pakteh nilaikan ialah senyumannya.
Apa yang menarik ialah kebanyakkan kerabat diraja mampu memberikan senyuman yang menawan serta menyenangkan hati rakyat. Jika di perlis, senyuman Tuanku Raja Puan Muda pasti meriangkan hati rakyat jelata. Memang tidak pernah sekali-kali lokek dengan senyumannya yang manis.
Pakteh kerapkali pernah berada dalam majlis Raja Muda perlis dan melihat sendiri bagaimana keluarga diraja ini begitu menjaga hati dan perasaan rakyat malah cuba sedaya mungkin merapatkan jurang perasaan diantaranya.
Senyuman dari pasangan kepada VVIP dan kerabat bukan sahaja dinilai oleh kalangan yang hadir malah mampu dilihat oleh seluruh masyarakat kerana adakalanya program2 ini akan disiarkan di kaca TV.
Sayang sekali jika mimik muka, kening dan apa sahaja yang ada di ruang muka silap ditafsir oleh yang empunya badan sehingga mengundang liabaliti kepada pasangan. Pakteh banyak mendengar bisik-bisik malah ikhlas pakteh katakan...pakteh sendiri masih tercari-cari senyuman manis yang boleh terbit dari isteri DS Najib. Demi survival UMNO/BN dan DS Najib sendiri...DS Rosmah perlu berubah. Pakteh sekadar rakyat bawahan yang pasti tidak mampu menggugat walau seincipun kedudukan dan pendirian DS Rosmah namun itulah hakikatnya. Mengapa perlu dibentuk bulu kening sebegitu tinggi sehingga menampakkan rasa ego dan kurang diplomasi dikalangan rakyat?. Belajarlah cara bagaimana melahirkan senyuman yang mampu memikat malah kalau boleh senyumlah selalu...kerana senyuman anda adalah penawar duka rakyat.
Harapan pakteh juga...berhati-hatilah dalam menerima tetamu anda kerana gambar anda menerima junjungan L K Yew tempohari seakan-akan membantu pembangkang mengiakan tanggapan DS Najib dibayangi oleh anda.
p/s: Betoika Najib ikut Rosmah....betoila...kalau x camna nak akad nikah?

Thursday, June 25, 2009

2 ikon budaya kuning telah dijemput selamanya




Dalam kalangan orang-orang politik menunggu apa pula wayang Anwar, hari ini dunia dikejutkan dengan kematian Micheal Jackson dan Farrah Fawcett. Micheal yang begitu ekstrem untuk mengubah wajahnya dari HITAM kepada PUTIH mati dikatakan berpunca dari serangan jantung (setakat sekarang). Manakala la sorang pula akibat ANAL CANCER atau jika dialih bahasanya kanser juboq.
8 July nanti akan ada proses mahkamah berkaitan Anal Sex. Sama-sama kita tunggu.

Wednesday, June 24, 2009

Search Web UMNO Bhg Sik

pakteh cuba mencari laman web UMNO atau yg ada kaitan dengan UMNO dari bhg Sik di beberapa enjin pencari terkenal....
ini hasilnya

www.angelfire.com/my/umnosik

Cumanya....website tu pakteh sendiri yg buat ngan kawan pakteh...hahaha...password pun pakteh dah tak ingat. Bayangkan 2000 hinga 2002, itu ja yg ada. Pernah Pakteh cadangkan diwujudkan satu laman web yang lebih sesuai tapi tinggal cadangan ja...sampai sekarang.
Erm...pakteh xsure la dalam waktu terdekat ni dah ada ke belum laman web UMNO Bhg Sik???
Pemuda pernah war-warkan untuk mewujudkan lmn web selepas pemilihan yg lalu tapi entah..mungkin pakteh ketinggalan mengikuti perkembangan pemuda.
tercari-cari web atau blog dari Pas..pakteh terjumpa blog YB Jeneri kat sini... http://pkwr-jeneri.blogspot.com. Walaupun kurang diupdate sekurang-kurangnya ada juga diwujudkan dan menyedari kepentingan Media Baru ini.

p/s: betoika pemimpin UMNO masih tidak berubah?...betoi la kot..

Media baru

Assalamualaikum,
selepas BN tewas agak teruk dalam PRU ke 10 1999, ramai kalangan pemimpin BN sedar sesuatu harus dilakukan. Antara faktor yang dikenalpasti ialah kegagalan jentera MAYA menangkis serangan dari portal, blog dan IRC. Ketika itu IRC menjadi medan utama berhujah secara live dan begitu banyak artikel-artikel yang kelihatan lojik dimuatkan dalam portal pembangkang. Kesannya ramai terpengaruh dan Kedah hampir2 jatuh ke tangan Pas.
Menyedari hakikat itu, PM pada masa itu mengambil langkah tepat apabila mengiktiraf kewujudan Kelab Maya UMNO (KMU) dan lain2 portal yang mengokong BN. jentera muda dari seluruh negara digerakkan untuk menangkis serangan secara MAYA ini. Kesannya begitu ketara apabila PRU ke 11, BN mencatat sejarah menang dengan begitu bergaya.
Sayangnya...budi tenaga MAYA ini dilupakan begitu sahaja dan sebab itulah kelihatan KMU menjadi myKMU dan pro x PM. Dalam masa yang sama jentera pembangkang (PR) bertali arus menyerang dan menyerang samada dari kalangan profesional atau remaja. Secara pastinya blog seperti Malaysia Today memberi impak yang bukan sedikit kepada PR. Kesannya juga...pada PRU ke 12...BN juga mencatat sejarah tetapi sejarah malang yang sudah diketahui ramai...
Kini setelah 15 bulan berlalu...selepas asyik berperang dalam pemilihan UMNO...pakteh belum melihat kewujudan blog, portal dan apa sahaja MEDIA BARU yang benar-benar berpengaruh untuk dilayari. Mengapa terlalu lama mengambil masa?. Tidak ada gunanya merekrut penceramah yang hanya akan berceramah ketika musim pilihanraya kerana yang lebih penting adalah usaha yang berpanjangan dan kumpulan sasaran dapat dikenalpasti.
Secara jelasnya..golongan muda adalah sasaran utama dan mereka ini mengikuti media baru secara dekat dan mudah terpengaruh. Adalah lebih baik sekiranya medan ini yang digunakan..bukan asyik dengan merekrut penceramah. Lebih malang rekrut ini diambil secara tangkap muat.
Kepada semua Ketua Pemuda Bahagian...sedarilah kepentingan MEDIA BARU...jangan hanya berpeluk tubuh dan menafikan keupayaan Media ini.

p/s: Amat sayang jika jadi penceramah UMNO tapi apa itu media baru pun xtahu dan lebih malang...blog pun tak dapat dibayangkan bagaimana. Lebih malang jika individu itu seorang Ketua Penerangan Bahagian.